Intro Ketua P-PUM

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (P-PUM) mensasarkan untuk memartabatkan ulama di mata masyarakat. Ulama tidak boleh dilihat sebagai satu kumpulan agamawan semata-mata yang terikat dengan konteks hukum-hakam semata-mata bahkan kumpulan ulama semestinya menjadi inspirasi masyarakat.

INFO HADIS

Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda: “Alangkah ajaibnya orang mukmin, dan hal ini hanya berlaku kepada orang mukmin. Sekiranya ia mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu perkara yang baik. Sekiranya ia ditimpa musibah, ia bersabar, maka itu perkara yang baik.” Hadis riwayat Muslim ini menunjukkan dua sifat mukmin yang besar iaitu bersyukur apabila mendapat kebaikan dan bersabar sekiranya ditimpa musibah.

INFO HUKUM

Bolehkah perempuan haid dan berjunub membaca al-Quran? Ada tiga pandangan ulama berkenaan hal tersebut. 1) Tidak harus menurut Hanafiah, riwayat daripada Imam Malik, al-Syafi’iyah dan riwayat yang masyhur daripada Imam Ahmad. 2) Harus secara mutlaq menurut pandangan mazhab al-Zahiriyah. 3) Harus kepada perempuan yang haid namun tidak harus kepada orang berjunub menurut pandangan yang masyhur daripada Imam Malik, pandangan qadim (lama) al-Syafie dan pandangan Imam Ahmad menurut pengikutnya.

INFO TAFSIR

Surah al-Tin merupakan antara tanda keajaiban al-Quran. Ulama terpaksa membuat beberapa kemungkinan dan kebarangkalian untuk mendefinisikan apakah makna yang terkandung melalui istilah “al-tin”, “al-zaitun”, bukit Tur dan negara yang aman. Apakah ia membawa makna jenis buah-buahan dan tempat atau apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Allah swt.

Today's Quote:

Mengapa terdapat dua kali pengulangan kalimah “al-rahman” dan “al-rahim” dalam surah al-Fatihah? Pertama, ia terdapat dalam ayat basmalah dan kedua dalam ayat ke-3 dalam surah tersebut. Al-Sya’rawi menjelaskan, “al-rahman al-rahim” pertama menjelaskan perihal tauhid uluhiyah manakala “al-rahman al-rahim” dalam ayat ke-3 merujuk kepada tauhid rububiyah.

INFO TAFSIR

Recent Articles:

INSTITUSI KELUARGA

November 14, 2009 Kalam Ketua P-PUM No Comments

Kes seorang datuk berumur 80 tahun yang telah membunuh isterinya yang berumur 73 tahun di Kampung Kuala Sungai, Kubang Rotan amat menggemparkan. Satu persoalan besar yang timbul ialah, mengapa datuk itu tergamak untuk melakukan perkara sedemikian kepada isterinya sedangkan umur mereka sudah berada di waktu senja.

Peristiwa hitam ini merupakan rentetan sahaja daripada beberapa peristiwa lain yang telah banyak mencemarkan institusi kekeluargaan itu sendiri. Meskipun kerajaan telah mewajibkan pasangan yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus, namun seolah-olah ia tidak memberikan kesan yang besar dalam proses pembikinan keluarga yang cemerlang.

Selain daripada itu, institusi kekeluargaan juga berdepan dengan banyak lagi masalah lain seperti gelagat anak-anak yang menunjukkan ketidakpuashatian kepada ibu bapa, kes buang anak, kes dera, perceraian yang berlaku bagaikan ia merupakan satu perkara yang lumarh dan juga sumbang mahram. Menurut satu maklumat yang boleh dipercayai kebenarannya, antara agenda Barat dalam meruntuhkan binaan Islam ialah dengan menimbulkan rasa tidak yakin muda-mudi terhadap institusi kekeluargaan sedangkan dalam Islam, institusi tersebut amat penting.

Di manakah salahnya dan apakah puncanya? Apakah benar terdapat satu perancangan yang tersusun yang disifatkan sebagai tangan ghaib untuk meruntuhkan sistem yang diambil berat dalam Islam ini? Atau sebenarnya ia merupakan kesilapan atau kekuarangan kita dalam menangani permasalahan yang kian membarah dan bernanah ini?

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memahami budaya yang banyak diterapkan dalam cerita Hindustan banyak merosakkan institusi yang mulia ini daripada membina. Antara budaya yang diterapkan ialah cinta mengatasi segala-galanya dan anak muda sanggup membelakangkan orang tua gara-gara kekasihnya. … Continue Reading

INTRO KETUA PEMUDA PUM

November 13, 2009 Kalam Ketua P-PUM No Comments

Ustaz Dzulkhairi

Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur terhadap pengatur sistem alam yang telah mengurniakan kekuatan kepada saya dan kumpulan saya untuk menggerakkan sebuah gerakan anak muda baru saya sifatkan.

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (P-PUM) mensasarkan untuk memartabatkan ulama di mata masyarakat. Ulama tidak boleh dilihat sebagai satu kumpulan agamawan semata-mata yang terikat dengan konteks hukum-hakam semata-mata bahkan kumpulan ulama semestinya menjadi inspirasi masyarakat.

Sepatutnya ulama yang memimpin. Memimpin dengan penuh rahmat dan kebijaksanaan. Turun ke medan dan padang masyarakat, menyelami penderitaan mereka dan memenuhi kehendak yang tidak tertunai selama ini. Kumpulan ulama sepatutnya menyahkan kesengsaraan tidak berilmu dan kekangan westernisasi yang semakin menggigit masyarakat.

P-PUM mahu menjadi inspirasi. P-PUM tidak mahu terbatas kepada skop yang terlalu sempit. P-PUM mahu menjadi lidah masyarakat. P-PUM akan menjadi badan pendesak professional kepada kerajaan. P-PUM sanggup bermandi peluh untuk menyelesaikan masalah masyarakat. P-PUM ada impian yang sangat jelas; iaitu agar orang mengerti, ulama bukanlah golongan penghukum bahkan golongan yang memahami isi hati orang muda, wanita dan semua golongan.

Bersama P-PUM, dunia kalian pasti berubah.

BOLEHKAH PEREMPUAN HAID DAN BERJUNUB MEMBACA AL-QURAN?

November 13, 2009 HUKUM No Comments

Faham Wanita

Faham Wanita

Ada tiga pandangan ulama berkenaan hal tersebut.

1) Tidak harus menurut Hanafiah, riwayat daripada Imam Malik, al-Syafi’iyah dan riwayat yang masyhur daripada Imam Ahmad.

2) Harus secara mutlaq menurut pandangan mazhab al-Zahiriyah.

3) Harus kepada perempuan yang haid namun tidak harus kepada orang berjunub menurut pandangan yang masyhur daripada Imam Malik, pandangan qadim (lama) al-Syafie dan pandangan Imam Ahmad menurut pengikutnya.

AJAIBNYA MUKMIN

November 13, 2009 HADIS No Comments

Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda:

“Alangkah ajaibnya orang mukmin, dan hal ini hanya berlaku kepada orang mukmin. Sekiranya ia mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu perkara yang baik. Sekiranya ia ditimpa musibah, ia bersabar, maka itu perkara yang baik.”

Hadis riwayat Muslim ini menunjukkan dua sifat mukmin yang besar iaitu bersyukur apabila mendapat kebaikan dan bersabar sekiranya ditimpa musibah.

SURAH AL TIN

November 13, 2009 TAFSIR 1 Comment

Surah al-Tin merupakan antara tanda keajaiban al-Quran. Ulama terpaksa membuat beberapa kemungkinan dan kebarangkalian untuk mendefinisikan apakah makna yang terkandung melalui istilah “al-tin”, “al-zaitun”, bukit Tur dan negara yang aman. Apakah ia membawa makna jenis buah-buahan dan tempat atau apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Allah swt.

Sememangnya ada ulama berpandangan “al-tin” itu merujuk kepada buah itu sendiri. Pandangan ulama yang lain pula menyebut ia merujuk kepada Masjid Damsyiq. Al-Qurtubi pula mendefinisikannya sebagai Masjid Ashab al-kahfi manakala menurut al-‘Aufa daripada Ibnu Abbas r.anhuma, “al-tin” merujuk kepada Masjid Nabi Nuh as yang terletak di Bukit Judi.

Berkenaan istilah “al-zaitun”, Ka’b al-Ahbar, Qatadah, Ibnu Zaid dan selain mereka mengatakan istilah itu bermakna Masjid Baitul Muqaddas. Manakala Bukit Tur itu merujuk kepada tempat munajat Nabi Musa as mengikut pandangan Ka’ab al-Ahbar.

Negara yang aman pula menurut kesepakatan ulama antaranya Ibnu Abbas r.anhuma, Mujahid, Ikrimah, al-Hassan, Ibrahim al-Nakhaie, Ibnu Zaid dan juga Ka’ab al-Ahbar adalah merujuk kepada Mekah dan tiada khilaf ulama berkaitan pandangan ini.

Disebut dalam kitab Taurat bahawa Allah turun ke Bukit Tur, ajarannya bersinar di sekitar Baitul Maqdis dan diperkuatkan di Mekah.

Maka dapatlah kita simpulkan bahawa, mesej yang ingin disampaikan melalui lafaz sumpah yang disebut oleh Allah swt pada awal-awal surah ini merujuk kepada nama beberapa tempat yang menjadi simbol perkembangan Islam itu sendiri.

Ketiga-tiga nabi yang ada kaitan dengan tempat-tempat tersebut iaitu Isa as, Musa as dan Muhammad saw kesemuanya terdiri daripada nabi ulul azmi. Ibnu Kathir menjelaskan, sebutan nabi tersebut disusun menurut urutan yang baik sekali. Bermula dengan seorang nabi yang sangat mulia iaitu Isa as, kemudian nabi yang lebih mulia iaitu Musa as dan diikuti oleh nabi yang paling mulia iaitu Muhammad saw.

MALAM AMAL KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN

November 13, 2009 AKTIVITI P-PUM No Comments

Malam Amal Kebajikan dan Kemanusiaan merupakan anjuran bersama Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Yayasan Amal dan Nisa’ Malaysia cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Kesatuan Penduduk Blok 20. Ia merupakan hasil cetusan Ketua Pemuda PUM, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dalam usaha memurnikan Islam dalam bentuk yang lebih kreatif dan bersifat seni.

Saudara Dinsman dan kumpulannya akan mempersembahkan sebuah teater Islam yang berjudul Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT). Ia merupakan persembahan utama pada malam tersebut. Selain daripada itu, Azhan Atan dan kumpulan Man Buger turut sama akan memeriahkan suasana malam itu dengan persembahan nyanyian dan nasyid mereka.

Turut memeriahkan program ialah kehadiran beberapa artis jemputan dan antara yang bakal dijemput ialah Erma Fatima dan penggerak-penggerak NGO Islam termasuklah non-muslim. Anak-anak yatim dari sebuah rumah anak yatim terpilih turut diundang sebagai meraikan mereka. Cabutan bertuah turut diadakan dengan tujuan untuk menarik golongan kanak-kanak.

Tujuan diadakan Malam Amal adalah selain memaparkan Islam melalui cara yang kreatif, memungut derma dan sumbangan untuk kegiatan gerak kerja Islam dan misi-misi kemanusiaan. Malah melalui program sebeginilah hubungan antara kumpulan ulama, Yayasan Amal dan juga Nisa’ Lembah Pantai dengan penduduk Lembah Pantai akan terjalin.

Ketua Pemuda PUM ketika ditemuramah menjelaskan, “Sudah tiba masanya untuk golongan pelapis ulama belajar bermasyarakat agar golongan ini tidak dipanggil elitis. Golongan ulama yang berpandangan Islam hanya disampaikan melalui kuliah dan aktiviti keilmuan sebenarnya telah melakukan satu kesiapan yang paling besar.”

Search This Site:

Content Tags:

Muzakarah


ShoutMix chat widget

Counter Hits

Featured Content:

DIALOG ANTARA AGAMA: KESELAMATAN KANAK-KANAK, WANITA DAN INSTITUSI KELUARGA DARI PANDANGAN TIGA AGAMA

April 7, 2010

DIALOG ANTARA AGAMA: KESELAMATAN KANAK-KANAK, WANITA DAN INSTITUSI KELUARGA DARI PANDANGAN TIGA AGAMA
TARIKH: 8/4/2010
HARI: KHAMIS
MASA: 8.30 malam
TEMPAT: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
AHLI PANEL:
1) Profesor Madya Dr Mat Rafa-Islam
2) Dr. William Lau-Kristian
3) Mr. Tan Huat Chye -Buddha
MODERATOR: Dr Rosni Adam (Nisa’ Malaysia)
*Penampilan Istimewa- Keluarga Mendiang Adik K. Harresvaran
Dijemput hadir beramai-ramai.
Sebarkan untuk manfaat [...]

Mecca is the Centre of the Earth!

December 3, 2009

Science Facts! Do you know?
Like a magnet, Mecca had been focused by Muslims all over the world since more than 2000 years ago. Despite of that, this holy city indeed is the centre of the earth surface based on the research made by geologist. They concluded that about 4.5 billions years ago when the earth [...]

Ramalan Kitab Hindu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

November 23, 2009

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian.

Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji.
Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw [...]

Sistem Dua Parti Kurang Relevan – Ketua Pemuda PUM

November 23, 2009

21 November 2009 – Ketua Pemuda (KP) PUM telah dijemput untuk menghadiri Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Pearl international Hotel, Jalan Klang Lama. Seminar yang diadakan membincangkan tentang sejauh mana relevansi Sistem Dua Parti jika dipraktikkan di negara ini.
Menurut KP, beliau melihat sistem dua parti kurang relevan untuk dilaksanakan di negara ini meskipun keadaan [...]

SURAT KETUA PEMUDA PUM

November 19, 2009

Ketua Pemuda PAS yang boleh saya anggap sebagai ulama muda atau sekurang-kurangnya pelapis ulama harus mengambil berat soal pertumbuhan ilmu kalangan penggerak muda parti Islam terbesar di negara ini. Beliau mempunyai kemampuan dan beliau sendiri menyedari bahawa perkembangan ilmu kalangan Pemuda PAS sedikit terhakis lantaran pergolakan politik yang meruncing.
Dalam soal agama, saya lebih mengharapkan Pemuda [...]

BENGKEL PEMIKIRAN KRITIKAL – IPT JOHOR

November 18, 2009

17 Nov 2009- Ketua Pemuda (KP) PUM, Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor telah dijemput untuk mengendalikan bengkel pemikiran kritikal untuk program kepimpinan mahasiswa sebuah kampus di Johor semalam.
Dalam pengisian tersebut, KP berharap agar mahasiswa tidak hanya bertindak untuk melaksanakan program luaran semata-mata bahkan mesti bertindak sebagai satu kumpulan pendesak yang bergerak secara profesional.
Beliau menegaskan, [...]

HADIS: TIGA PEROSAK DAN TIGA PENYELAMAT

November 17, 2009

Nabi saw menjelaskan dalam dua hadis yang berbeza berkenaan dengan tiga perkara yang boleh merosakkan amal seseorang dan tiga perkara lain pula yang boleh menyelamatkan. Baginda saw bersabda, “Tiga perkara yang merosakkan: Bakhil (syuhhun) yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti, dan perasaan hairan (ujub) seseorang terhadap dirinya sendiri.” Dalam hadis yang lain, baginda saw bersabda, [...]

MANDI SUNAT JUMAAT

November 17, 2009

PERSOALAN FIQH – MANDI SUNAT JUMAAT
1- Apakah hukum mandi pada hari Jumaat?
Beberapa hadis menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat merupakan satu perkara yang diwajibkan seperti hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma yang berbunyi, “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.”
Hadis ini telah dikeluarkan sendiri oleh al-Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Kelebihan mandi [...]

BRAINSTORMING HALATUJU PEMUDA PUM

November 17, 2009

14 Nov 2009- Pemuda PUM telah mengadakan satu sesi brainstorming berkenaan hala tuju dan masa depan gerakan mereka. Antara pemikir yang dijemput hadir dalam sesi tersebut ialah:

1) Akhi Khairul Naim (Pelajar PhD Bahagian Akidah dan Pemikiran Islam UM)
2) Akhi Nasaie (Yayasan Amal Malaysia)
3) Akhi Fauzan (Usahawan Tani)
4) Akhi Hadi (Wakil Tarbiah GAMIS)
5) Ukhti Asyanti (Pengetua [...]

SATANISME & MISTIKISME

November 14, 2009

SATANISME & MISTIKISME

Saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penyiaran televisyen yang telah mengambil inisiatif untuk memasukkan unsur Islam dalam beberapa segmen. Antara Unsur Islam yang telah dimasukkan secara halus dan tidak langsung ialah memuatkan ayat al-Quran setelah berakhirnya satu-satu cerita.
Namun saya tetap merasakan satu bentuk wacana ilmu dan canai minda ke arah membentuk satu [...]

Recent Comments:

  • fahmi: Assalamualaikum.. Nice post...

Popular Content: