ISLAM ONLINE » HUKUM

MANDI SUNAT JUMAAT
PERSOALAN FIQH – MANDI SUNAT JUMAAT

1- Apakah hukum mandi pada hari Jumaat?

Beberapa hadis menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat merupakan satu perkara yang diwajibkan seperti hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma yang berbunyi, “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.”

Hadis ini telah dikeluarkan sendiri oleh al-Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Kelebihan mandi Solat Jumaat. Muslim dalam Kitab Jumaat dalam Bab Kewajipan Mandi Jumaat dengan lafaz yang lain iaitu, “Mandi hari Jumaat adalah kewajipan kepada setiap yang telah bermimpi (baligh)” dan dalam satu hadis lain yang berbunyi, “Apabila seseorang kalangan kamu ingin mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.” Imam Malik dalam al-Muwatta’ dan al-Nasa’I turut memuatkan hadis yang sama.

Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan satu penjelasan daripada Abul Qasim bin Mundah bahawa hadis yang telah diriwayatkan daripada Nafi’ yang meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.anhuma telah mencecah seramai 300 orang periwayat. Manakala mengikut jalur selain Ibnu Umar r.anhuma pula mencecah 24 orang sahabat.

Namun hadis tersebut telah dinasakhkan oleh hadis lain yang berbunyi, “Sesiapa yang berwudhu’ (untuk solat Jumaat) maka ia sudah memadai dan barangsiapa yang mandi, maka itu lebih baik.” Kedudukan hadis ini adalah hasan (baik) dan telah dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Kitab al-taharah, bab Keringanan Meninggalkan Mandi Jumaat. Ia turut dinyatakan oleh al-Nasa’i dalam Kitab Jumaat, al-Tirmizi dalam Abwab al-Jum’ah dan turut dinyatakan oleh Ibnu Majjah dalam Kitab Solat daripada hadis Anas bin Malik ra.

Ibnu Abbas r.anhuma apabila ditanya hukum mandi Jumaat menjawab, “Ia tidak wajib, sebaliknya ia merupakan satu simbol kebersihan dan kebaikan. Lantas beliau menjelaskan mengapa terdapat hadis yang menyuruh mandi Jumaat. Ia berpunca kerana pernah satu ketika orang Islam ke masjid untuk solat Jumaat dalam keadaan berbau. Maka mereka ditegur oleh Nabi saw.

Tidak dinafikan pernah berlaku satu perselisihan pandangan antara Umar ra dengan Uthman bin Affan ra. Umar ra berpendapat bahawa mandi adalah satu kewajipan sebaliknya Uthman ra berpendapat cukuplah dengan wudhu’.

Dalam persoalan ini, Ahli Zahir berpegang dengan kewajipan mandi dengan berpandukan hadis yang telah disebutkan. Jumhur salaf dan khalaf termasuk fuqaha’ Mesir pula melihat ia sebagai satu perkara yang disunatkan. Ini kerana hadis yang mengatakan wajib sebenarnya bersebab dan ia telah dimansuhkan oleh hadis yang lain.

2-Siapakah yang disunatkan untuk mandi Jumaat?

Terdapat empat pandangan ulama berkenaan perkara ini.\

Disukai kepada sesiapa sahaja yang menghadiri solat Jumaat sama ada lelaki mahupun perempuan. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam al-Nawawi.

Disukai kepada sesiapa yang diwajibkan solat Jumaat sama ada ia hadir solat Jumaat mahupun tidak.

Disukai kepada sesiapa yang hanya melazimi solat Jumaat.

Disukai kepada semua orang, sama ada ia wajib solat atau tidak, ia hadir atau tidak, ia melazimi atau tidak.

3-Bilakah bermulanya mandi Jumaat?

Waktu untuk mandi Jumaat bermula selepas terbitnya matahari sehingga sebelum solat Jumaat dan yang paling baik dikerjakan sewaktu ingin ke masjid. Sekiranya ia mandi sebelum terbit matahari, maka ia tidak dikira. Namun al-Awza’i berpandangan tidak mengapa mandi sebelum terbit matahari. Imam Malik menegaskan waktu solat itu adalah ketika menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Pandangan yang lebih aneh adalah pandangan Ibnu Hazam yang berpandangan mandi diharuskan selepas Asar.

Ibnu Hazam berpandangan mandi Jumaat adlaah untuk hari Jumaat sedangkan jumhur melihat mandi adalah untuk menghadiri solat Jumaat.

Sekiranya seseorang solat dan kemudiannya ia berjunub, ia tidak membatalkan mandi Jumaat tadi menurut jumhur. Al-Awza’i berpandangan sebaliknya.

Sekiranya ia berjunub, kemudian ia mandi wajib dan disertakan dengan niat mandi Jumaat, maka ia memadai (dikira).

Rujukan: Al-Nasikh wa al-Mansukh min al-hadith oleh Ibnu Syahin dan telah ditahqiqkan oleh Doktor Muhammad Ibrahim al-Hifanadi.

BOLEHKAH PEREMPUAN HAID DAN BERJUNUB MEMBACA AL-QURAN?
Faham Wanita

Ada tiga pandangan ulama berkenaan hal tersebut.

1) Tidak harus menurut Hanafiah, riwayat daripada Imam Malik, al-Syafi’iyah dan riwayat yang masyhur daripada Imam Ahmad.

2) Harus secara mutlaq menurut pandangan mazhab al-Zahiriyah.

3) Harus kepada perempuan yang haid namun tidak harus kepada orang berjunub menurut pandangan yang masyhur daripada Imam Malik, pandangan qadim (lama) al-Syafie dan pandangan Imam Ahmad menurut pengikutnya.