MANDI SUNAT JUMAAT
PERSOALAN FIQH – MANDI SUNAT JUMAAT
1- Apakah hukum mandi pada hari Jumaat?
Beberapa hadis menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat merupakan satu perkara yang diwajibkan seperti hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma yang berbunyi, “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.”
Hadis ini telah dikeluarkan sendiri oleh al-Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Kelebihan mandi Solat Jumaat. Muslim dalam Kitab Jumaat dalam Bab Kewajipan Mandi Jumaat dengan lafaz yang lain iaitu, “Mandi hari Jumaat adalah kewajipan kepada setiap yang telah bermimpi (baligh)” dan dalam satu hadis lain yang berbunyi, “Apabila seseorang kalangan kamu ingin mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.” Imam Malik dalam al-Muwatta’ dan al-Nasa’I turut memuatkan hadis yang sama.
Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan satu penjelasan daripada Abul Qasim bin Mundah bahawa hadis yang telah diriwayatkan daripada Nafi’ yang meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.anhuma telah mencecah seramai 300 orang periwayat. Manakala mengikut jalur selain Ibnu Umar r.anhuma pula mencecah 24 orang sahabat.
Namun hadis tersebut telah dinasakhkan oleh hadis lain yang berbunyi, “Sesiapa yang berwudhu’ (untuk solat Jumaat) maka ia sudah memadai dan barangsiapa yang mandi, maka itu lebih baik.” Kedudukan hadis ini adalah hasan (baik) dan telah dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Kitab al-taharah, bab Keringanan Meninggalkan Mandi Jumaat. Ia turut dinyatakan oleh al-Nasa’i dalam Kitab Jumaat, al-Tirmizi dalam Abwab al-Jum’ah dan turut dinyatakan oleh Ibnu Majjah dalam Kitab Solat daripada hadis Anas bin Malik ra. … Continue Reading



