Intro Ketua P-PUM

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (P-PUM) mensasarkan untuk memartabatkan ulama di mata masyarakat. Ulama tidak boleh dilihat sebagai satu kumpulan agamawan semata-mata yang terikat dengan konteks hukum-hakam semata-mata bahkan kumpulan ulama semestinya menjadi inspirasi masyarakat.

INFO HADIS

Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda: “Alangkah ajaibnya orang mukmin, dan hal ini hanya berlaku kepada orang mukmin. Sekiranya ia mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu perkara yang baik. Sekiranya ia ditimpa musibah, ia bersabar, maka itu perkara yang baik.” Hadis riwayat Muslim ini menunjukkan dua sifat mukmin yang besar iaitu bersyukur apabila mendapat kebaikan dan bersabar sekiranya ditimpa musibah.

INFO HUKUM

Bolehkah perempuan haid dan berjunub membaca al-Quran? Ada tiga pandangan ulama berkenaan hal tersebut. 1) Tidak harus menurut Hanafiah, riwayat daripada Imam Malik, al-Syafi’iyah dan riwayat yang masyhur daripada Imam Ahmad. 2) Harus secara mutlaq menurut pandangan mazhab al-Zahiriyah. 3) Harus kepada perempuan yang haid namun tidak harus kepada orang berjunub menurut pandangan yang masyhur daripada Imam Malik, pandangan qadim (lama) al-Syafie dan pandangan Imam Ahmad menurut pengikutnya.

INFO TAFSIR

Surah al-Tin merupakan antara tanda keajaiban al-Quran. Ulama terpaksa membuat beberapa kemungkinan dan kebarangkalian untuk mendefinisikan apakah makna yang terkandung melalui istilah “al-tin”, “al-zaitun”, bukit Tur dan negara yang aman. Apakah ia membawa makna jenis buah-buahan dan tempat atau apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Allah swt.

Today's Quote:

Mengapa terdapat dua kali pengulangan kalimah “al-rahman” dan “al-rahim” dalam surah al-Fatihah? Pertama, ia terdapat dalam ayat basmalah dan kedua dalam ayat ke-3 dalam surah tersebut. Al-Sya’rawi menjelaskan, “al-rahman al-rahim” pertama menjelaskan perihal tauhid uluhiyah manakala “al-rahman al-rahim” dalam ayat ke-3 merujuk kepada tauhid rububiyah.

INFO TAFSIR

Recent Articles:

Mecca is the Centre of the Earth!

December 3, 2009 SAINS No Comments

Science Facts! Do you know?

Like a magnet, Mecca had been focused by Muslims all over the world since more than 2000 years ago. Despite of that, this holy city indeed is the centre of the earth surface based on the research made by geologist. They concluded that about 4.5 billions years ago when the earth had been born there are a few of plat movement around the Saudi Arabia plat. The well arranges movements happened since centuries like it was centred to one place that is the Arab.

Based on the research result, a conference had been held by Yusuf al-Qardawi together with a few Muslim scientist that is known as “Mecca: The Centre of the Earth, Theory and Practice” on April 2008. A resolution had been made that is to make “Mecca Time” as a substitute to Meridian Greenwich (GMT).  One of the scientific facts based on Quranic verses that being raised in the conference is the truth that the centre of the earth is Mecca.

Besides, one of the geologists explained that Mecca was situated exactly on the North Magnetic line that is not the same longitude as other places. The facts had been strengthened by the main reason why Muslims all over the world never stop themselves visiting Mecca, hence Mecca never left empty from Muslims that came from various places and various race and colours along the year.

Versi Bahasa Melayu.

Seolah-olah seperti magnet, Tanah Suci Makkah menjadi tumpuan semua umat Islam sejak lebih 2000 tahun lalu. Sememangnya kota suci ini merupakan pusat muka bumi berdasarkan kajian pakar geologi yang menyatakan bahawa sejak kira-kira 4.5 billion tahun terbentuknya bumi ini, telah berlaku beberapa pergerakan plat di sekeliling plat tanah Arab. Pergerakan yang teratur itu berlangsung sejak berkurun lamanya yang menuju ke satu arah seolah-olah berpusatkan suatu tempat, iaitu tanah Arab.

Berdasarkan penemuan penyalidikan tersebut, Syeikh Yusuf al-Qardawi bersama-sama saintis Muslim dan ulama mengadakan persidangan “Mecca: The Centre of the Earth, Theory and Practice” pada April 2008 yang menghasilkan resolusi supaya “Mecca Time” diwujudkan bagi menggantikan Greenwich Meridian (GMT). Salah satu fakta saintifik yang ditonjolkan berdasarkan ayat al-Quran ialah kesahihan muka bumi Makkah adalh pusat ataupun titik tengah muka bumi.

Malah seorang ahli geologi menjelaskan Makkah berada tepat di jajaran utara magnet, tidak seperti longitude tempat lain. Fakta ini menguatkan lagi sebab utama seluruh umat Islam sejak dahulu sehingga kini tidak putus-putus mengunjungi Makkah, malah kota ini tidak pernah sepi daripada dikunjungi umat Islam daripada pelbagai bangsa dan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa sepanjang tahun.

Ramalan Kitab Hindu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

November 23, 2009 AGAMA No Comments

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian.

  1. Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji.
  2. Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw sememangnya dilahirkan di padang pasir.
  3. Narashangsa dikatakan amat dikasihi oleh pengikutnya. Stanley Lane Poole dalam Speeches Of Muhammad menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw amata dikasihi pengikutnya.
  4. Narashangsa dikatakan akan mendapat wahyu. Nabi saw menerima wahyu daripada langit.
  5. Narashangsa dikatakan memiliki personality yang lembut, sama dengan nabi saw.
  6. Narashangsa mencegah pengikutnya daripada melakukan dosa. Tugas Nabi saw adalah untuk mencegah daripada perbuatan dosa dan menggalakkan perbuatan yang mengundang pahala.
  7. Narashangsa memiliki 10 ribu ekor lembu. Lembu membawa makna binatang yang suci mengikut agama Hindu. Ia bertepatan dengan jumlah 10 ribu sahabat nabi yang memasuki Kota Mekah dalam peristiwa Fathu Makkah.
  8. Narashangsa memiliki 300 lebih ekor kuda yang merupakan simbol kekuatan. Nabi saw memiiliki 313 orang perajurit handalan dalam Perang Badar yang dianggap kelompok terbaik.
  9. Narashangsa mempunyai 10 kalungan bunga yang menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang. Nabi kita saw mempunyai 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga secara jelas.

Kitab Mahabharata menjelaskan bahawa penyelamat akhir zaman bernama Kalki. Kalki itu tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi saw. Ini kerana Kalki dikatakan merupakan Ketua Negara dan Ketua Panglima dalam peperangan. Ia sama dengan sifat Nabi saw. Ada beberapa lagi petunjuk yang disebutkan da;am Mahabharata dan ia sama dengan Nabi saw.

Sumber: “Mengapa Kami Memeluk Islam” karya Dr Nawi Jusoh

Sistem Dua Parti Kurang Relevan – Ketua Pemuda PUM

November 23, 2009 AKTIVITI P-PUM No Comments

21 November 2009 – Ketua Pemuda (KP) PUM telah dijemput untuk menghadiri Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Pearl international Hotel, Jalan Klang Lama. Seminar yang diadakan membincangkan tentang sejauh mana relevansi Sistem Dua Parti jika dipraktikkan di negara ini.

Menurut KP, beliau melihat sistem dua parti kurang relevan untuk dilaksanakan di negara ini meskipun keadaan sekarang menuju ke arah itu. Beliau melihat mood dan situasi rakyat Malaysia tidak menjurus ke arah menjayakan sistem sebegitu. Dalam masa yang sama, beliau juga kurang bersetuju dengan sistem multi-party yang terlampau banyak seperti yang berlaku di Negara Indonesia.

Beliau dilaporkan berkata, “Di Negara Barat, blok antara Liberal dengan Konservatif terlalu jelas jurang dan perbezaannya. Keketaraan ini telah membantu mereka untuk membentuk dwi-party system. Namun saya tidak melihat kemungkinan itu berlaku di negara kita meskipun Pakatan Rakyat telah berusaha ke arah membentuk Parti Rakyat Malaysia.

“Namun saya tidak menolak kemungkinan itu berlaku bahkan sekiranya ia benar-benar berlaku, saya amat menyokongnya. Cuma buat masa sekarang, berdasarkan kondisi dan permasalahan semasa, saya melihat ia kurang relevan.”

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas bahawa suasana politik sekarang agak kurang memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah soal Pemuda PAS yang tidak meneruskan agenda Duta Penyelamat sebagaimana didendangkan pada zaman YB Solahudin. Bahkan Pemuda PAS tidak lagi menjadi suara rakyat manakala AMK juga begitu.

Beliau turut melemparkan pujian kepada KJ, Ketua Pemuda UMNO yang tangkas menarik perhatian anak muda dengan pelbagai strategi termasuk bola sepak. Tindakan pantas KJ telah menjadikan Pemuda PAS seolah-olah tidak relevan untuk anak muda.

KP tidak sempat untuk meluangkan masa yang panjang di sana. Setelah mendengar key-note address yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bergegas ke Kuang untuk mengikuti satu program yang diadakan di sana.

SURAT KETUA PEMUDA PUM

November 19, 2009 Kalam Ketua P-PUM No Comments

Ketua Pemuda PAS yang boleh saya anggap sebagai ulama muda atau sekurang-kurangnya pelapis ulama harus mengambil berat soal pertumbuhan ilmu kalangan penggerak muda parti Islam terbesar di negara ini. Beliau mempunyai kemampuan dan beliau sendiri menyedari bahawa perkembangan ilmu kalangan Pemuda PAS sedikit terhakis lantaran pergolakan politik yang meruncing.

Dalam soal agama, saya lebih mengharapkan Pemuda PAS untuk mencipta sesuatu yang boleh memberikan kesedaran yang besar kepada rakyat  manakala Pemuda UMNO pula harus serius untuk menangani gejala sosial yang kian bernanah. Pemuda UMNO juga harus menginsafi kelemahan mereka dari sudut ilmu agama, maka seharusnya mereka merendah diri untuk belajar daripada Pemuda PAS.

Saya melihat betapa pentingnya ahli gerakan Islam termasuk saya untuk menguasai beberapa ilmu yang dinggap sangat mustahak dan relevansi dengan masa sekarang seperti usul dan qawaid fiqhiyah, mu’amalah, basis-basis dalam ilmu fiqh, sedikit pengertian yang terkandung dalam tafsir dan hadis-hadis yang terpilih.

Ia sepatutnya dijadikan silibus dalam Pemuda PAS. Memahami dan mengerti 50 hadis yang terkandung dalam Jami’ul Ulum wal hikam karya Ibnu Rajab al-Hanbali lebih baik daripada Hadis 40 Imam Nawawi. Namun jika masa sempit dan tidak mengizinkan, memahami Hadis 40 al-Nawawi sudah memadai.

Dalam tafsir, mungkin selama ini Pemuda PAS diajar untuk menghafaz surah al-Saff namun persoalan yang timbul ialah berapa ramai yang memahami tafsir dan asbabun nuzul beberapa ayat dalam surah tersebut? Berapa ramai pula yang mengetahui kisah Hawariyyun yang terkandung dalam ayat terakhir surah itu?

Budaya ilmu ini sangat penting. Boleh jadi bedah buku, wacana tokoh dan menganalisis pemikiran-pemikiran besar yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan harus dikaji. Saya pernah mencadangkan kepada Ketua Pemuda Lembah Pantai, Saudara Nasaie Ismail agar membedah buku Seven Habits. Mungkin karya besar tersebut dalam Bahasa Inggeris dan bersifat berat, namun pembentang boleh membentangkannya dalam Bahasa Ibunda dan memudahkan noktah penting yang wujud.

Boleh jadi juga Pemuda PAS dalam usrah-usrah membincangkan tentang Mahatma Gandhi yang dianggap Spiritual Leader India atau bagaimana Lee Kuan Yew membina Negara Singapura. Bahkan pengertian usrah di peringkat kawasan harus diperluaskan metodenya termasuklah menonton filem-filem yang banyak mengetengahkan strategi berfikir atau menonton filem Ashabul Ukhdud.

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sentiasa mengharapkan agar Pemuda PAS di bawah Ustaz Nasrudin Hasan mengambil berat cadangan ini. Dalam masa yang sama, kita juga mengharapkan agar Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin agar turut menginsafi situasi Pemuda UMNO yang jauh dari lembah ilmu agama. Satu usaha yang intensif mesti digerakkan mulai sekarang secara serius agar plan tidak sekadar menjadi konsep bahkan menjadi satu resolusi bertindak yang praktikal.

MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR

Ketua Pemuda PUM

013-2968703

BENGKEL PEMIKIRAN KRITIKAL – IPT JOHOR

November 18, 2009 AKTIVITI P-PUM No Comments

17 Nov 2009- Ketua Pemuda (KP) PUM, Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor telah dijemput untuk mengendalikan bengkel pemikiran kritikal untuk program kepimpinan mahasiswa sebuah kampus di Johor semalam.

Dalam pengisian tersebut, KP berharap agar mahasiswa tidak hanya bertindak untuk melaksanakan program luaran semata-mata bahkan mesti bertindak sebagai satu kumpulan pendesak yang bergerak secara profesional.

Beliau menegaskan, terdapat beberapa ciri yang harus dimiliki oleh kumpulan anak muda termasuk mahasiswa. Ciri tersebut ialah kelantangan bersuara, profesional dalam bekerja, mendesak, memperjuangkan kebajikan, menjadi lidah kepada masayarakat serta sentiasa mencari jalan untuk menegakkan Islam itu sendiri.

KP turut mengharapkan agar kepimpinan anak muda meninggalkan tradisi silam yang sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang. Beliau secara terbuka mengkritik kepimpinan kampus tersebut yang masih lagi mengadakan kuliah Risalah Ta’lim secara mingguan yang disifatkan beliau sebagai ketinggalan dan melambatkan.

Dalam perkongsian tersebut, beliau juga menyarankan agar kepimpinan menuntut ilmu sebanyak mungkin yang membolehkan mereka untuk melakukan ijtihad dalam kepimpinan berteraskan ilmu yang sahih. Beliau menyebut, Islam ini terlalu luas namun telah disempitkan oleh orang yang dangkal pemikiran dan kontang ilmu.

HADIS: TIGA PEROSAK DAN TIGA PENYELAMAT

November 17, 2009 HADIS No Comments

Nabi saw menjelaskan dalam dua hadis yang berbeza berkenaan dengan tiga perkara yang boleh merosakkan amal seseorang dan tiga perkara lain pula yang boleh menyelamatkan. Baginda saw bersabda, “Tiga perkara yang merosakkan: Bakhil (syuhhun) yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti, dan perasaan hairan (ujub) seseorang terhadap dirinya sendiri.” Dalam hadis yang lain, baginda saw bersabda, “Tiga perkara yang menyelamatkan: Khasyyah seseorang kepada Allah sama ada ketika ia bersendirian atau di khalayak, kalimah yang benar ketika marah atau tenang dan bersederhana (al-qasdu) ketika miskin mahupun kaya.”

Terdapat tiga kalimah yang harus difahami dengan baik iaitu syuhhun (bakhil), ujub dan khasyyah.

Syuhhun merupakan satu perbuatan yang jauh lebih teruk berbanding bakhil itu sendiri. Orang bakhil mungkin kedekut untuk memberikan sedekah dan membantu orang susah. Namun syuhhun lebih teruk keadaannya. Orang yang syahih adalah orang yang kedekut untuk membantu keluarganya sendiri bahkan kedekut untuk belanja harian untuk dirinya meskipun ia mampu.

Ujub pula membawa erti seseorang yang berasa kagum dengan kehebatan dirinya sendiri sama ada dari sudut akhlak mahupun ibadah. Manakala khasyyah membawa pengertian yang lebih dalam berbanding takut. Khasyyah bermakna, seseorang yang takut kepada Allah swt lalu ia mendekati penciptanya itu. Sesuailah khasyyah untuk ditamsilkan dengan satu kata-kata ulama, “Seseorang yang takutkan sesuatu akan melarikan diri daripadanya. Orang yang takutkan Allah pula akan berlari menuju kepada-Nya.”

MANDI SUNAT JUMAAT

November 17, 2009 HUKUM No Comments

PERSOALAN FIQH – MANDI SUNAT JUMAAT

1- Apakah hukum mandi pada hari Jumaat?

Beberapa hadis menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat merupakan satu perkara yang diwajibkan seperti hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma yang berbunyi, “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.”

Hadis ini telah dikeluarkan sendiri oleh al-Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Kelebihan mandi Solat Jumaat. Muslim dalam Kitab Jumaat dalam Bab Kewajipan Mandi Jumaat dengan lafaz yang lain iaitu, “Mandi hari Jumaat adalah kewajipan kepada setiap yang telah bermimpi (baligh)” dan dalam satu hadis lain yang berbunyi, “Apabila seseorang kalangan kamu ingin mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.” Imam Malik dalam al-Muwatta’ dan al-Nasa’I turut memuatkan hadis yang sama.

Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan satu penjelasan daripada Abul Qasim bin Mundah bahawa hadis yang telah diriwayatkan daripada Nafi’ yang meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.anhuma telah mencecah seramai 300 orang periwayat. Manakala mengikut jalur selain Ibnu Umar r.anhuma pula mencecah 24 orang sahabat.

Namun hadis tersebut telah dinasakhkan oleh hadis lain yang berbunyi, “Sesiapa yang berwudhu’ (untuk solat Jumaat) maka ia sudah memadai dan barangsiapa yang mandi, maka itu lebih baik.” Kedudukan hadis ini adalah hasan (baik) dan telah dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Kitab al-taharah, bab Keringanan Meninggalkan Mandi Jumaat. Ia turut dinyatakan oleh al-Nasa’i dalam Kitab Jumaat, al-Tirmizi dalam Abwab al-Jum’ah dan turut dinyatakan oleh Ibnu Majjah dalam Kitab Solat daripada hadis Anas bin Malik ra. … Continue Reading

BRAINSTORMING HALATUJU PEMUDA PUM

November 17, 2009 AKTIVITI P-PUM No Comments

14 Nov 2009- Pemuda PUM telah mengadakan satu sesi brainstorming berkenaan hala tuju dan masa depan gerakan mereka. Antara pemikir yang dijemput hadir dalam sesi tersebut ialah:

1) Akhi Khairul Naim (Pelajar PhD Bahagian Akidah dan Pemikiran Islam UM)

2) Akhi Nasaie (Yayasan Amal Malaysia)

3) Akhi Fauzan (Usahawan Tani)

4) Akhi Hadi (Wakil Tarbiah GAMIS)

5) Ukhti Asyanti (Pengetua Sekolah al-Wafi)

6) Nadzirah (Wakil PMIUM)

7) Najwa (Wakil PMIUM)

Beberapa idea telah dikutip demi memantapkan gerakan ini. Antara idea yang telah disumbang sarankan ialah agar Pemuda PUM melaksanakan dakwah dalam bentuk yang lebih kritikal seperti mengadakan show jalanan, membuat muzik tersendiri dan juga mengadakan program bersama pelajar sekolah dalam bentuk yang berat seperti lawatan ke negara luar.

Setelah dibincangkan semula di peringkat kepimpinan Pemuda, Pemuda telah memutuskan beberapa resolusi.

1- Perlantikan jawatan kepada setiap ahli Pemuda setelah sebulan ditubuhkan.

Ketua: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Timb: Mohd Zahiruddin

SU: Syahadah

Bend: Noraini

Executive Penerangan: Al-Fahmi

E.Hal Ehwal Wanita Islam: Hayati

E.Kaunseling: Nasirah

2- Membuat komik Islamik yang dijangka akan diterbitkan pada bulan Mei 2010.


3- Memfokuskan kepada pelaksanaan teater pada 30 Jan 2010.


4- Menggerakkan Akademi Ulama dan juga menawarkan perkhidmatan tenaga-tenaga pengajar di sekolah-sekolah berasrama dan tawaran mengajar al-Quran di rumah-rumah.


5- Memberikan tumpuan sebaiknya terhadap perjuangan memurnikan pembikinan filem satanisme di negara ini.

Ketua Pemuda menegaskan bahawa tujuan terpenting penubuhan Pemuda PUM adalah untuk memasyarakatkan ulama. Golongan agamawan ini tidak boleh dilihat lagi sebagai golongan elitis yang hanya terfokus kepada beberapa golongan seperti di masjid sahaja.

Dalam masa yang sama, Timbalan Ketua mengharapkan agar Pemuda membina hubungan baik dengan media dan memulakan dakwah dalam bentuk penulisan agar cita rasa keagamaan itu akan tersebar dengan lebih baik dan pantas.

SATANISME & MISTIKISME

November 14, 2009 Kalam Ketua P-PUM No Comments
SATANISME & MISTIKISME

Saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penyiaran televisyen yang telah mengambil inisiatif untuk memasukkan unsur Islam dalam beberapa segmen. Antara Unsur Islam yang telah dimasukkan secara halus dan tidak langsung ialah memuatkan ayat al-Quran setelah berakhirnya satu-satu cerita.

Namun saya tetap merasakan satu bentuk wacana ilmu dan canai minda ke arah membentuk satu gagasan media Islamik mesti dilaksanakan. Dengan memanggil golongan ilmuan, agamawan, sejarawan, pengamal media dan beberapa pihak yang difikirkan mampu memberikan pandangan termasuk mahasiswa yang mewakili suara anak muda, saya berkeyakinan kita mampu menghasilkan satu resolusi bertindak yang berkualiti.

Dalam satu perbincangan perah minda bersama pemikir Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) satu malam, kami mendapati unsur satanisme dan mistikisme semakin menyelimuti ruang lingkup budaya masyarakat Melayu. Kami melihat ia tersebar melalui tiga sebab dan faktor yang terserlah.

Pertama, ramai pengarah filem kini sangat cenderung untuk menerbitkan filem hantu. Kedua, Cerita mistik sudah mula meresap dalam alam Melayu seperti Senandung Si dayang yang berkaitan sumpahan dan begitu juga dengan Sumpah Orang Bunian. Ketiga, kebanjiran senatron dari Indonesia yang banyak berpaksi kepada unsur pari-pari dan dewa sedangkan dalam masa yang sama, unsur ketuhanan turut ditekankan.

Sebelum menghasilkan satu resolusi yang mampu mewakili suara pencerahan, lebih elok jika diteliti dan dikaji terlebih dahulu apakah punca ia berlaku sehingga menerbitkan fenomena. Kedua, kita sepatutnya mengkaji apakah kesan sama ada positif mahupun negatif yang akan terhasil melalui cerita yang berbentuk begini. Akhirnya, baru garis panduan dan sebagainya yang bakal terangkum dalam resolusi harus dibentuk.

Saya hanya ingin menyentuh tentang beberapa cadangan saya ke arah memurnikan perkara ini sekaligus memartabatkan mutu perfileman negara.

Pertama, kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ini mestilah meletakkan satu tujuan yang paling utama sekaligus menjadi asas kepada pembikinan filem negara kita. Setelah itu barulah kementerian berkenaan meletakkan beberapa lagi misi bagi menjayakan tujuan dan matlamat yang terpenting itu. … Continue Reading

INSTITUSI KELUARGA

November 14, 2009 Kalam Ketua P-PUM No Comments

Kes seorang datuk berumur 80 tahun yang telah membunuh isterinya yang berumur 73 tahun di Kampung Kuala Sungai, Kubang Rotan amat menggemparkan. Satu persoalan besar yang timbul ialah, mengapa datuk itu tergamak untuk melakukan perkara sedemikian kepada isterinya sedangkan umur mereka sudah berada di waktu senja.

Peristiwa hitam ini merupakan rentetan sahaja daripada beberapa peristiwa lain yang telah banyak mencemarkan institusi kekeluargaan itu sendiri. Meskipun kerajaan telah mewajibkan pasangan yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus, namun seolah-olah ia tidak memberikan kesan yang besar dalam proses pembikinan keluarga yang cemerlang.

Selain daripada itu, institusi kekeluargaan juga berdepan dengan banyak lagi masalah lain seperti gelagat anak-anak yang menunjukkan ketidakpuashatian kepada ibu bapa, kes buang anak, kes dera, perceraian yang berlaku bagaikan ia merupakan satu perkara yang lumarh dan juga sumbang mahram. Menurut satu maklumat yang boleh dipercayai kebenarannya, antara agenda Barat dalam meruntuhkan binaan Islam ialah dengan menimbulkan rasa tidak yakin muda-mudi terhadap institusi kekeluargaan sedangkan dalam Islam, institusi tersebut amat penting.

Di manakah salahnya dan apakah puncanya? Apakah benar terdapat satu perancangan yang tersusun yang disifatkan sebagai tangan ghaib untuk meruntuhkan sistem yang diambil berat dalam Islam ini? Atau sebenarnya ia merupakan kesilapan atau kekuarangan kita dalam menangani permasalahan yang kian membarah dan bernanah ini?

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memahami budaya yang banyak diterapkan dalam cerita Hindustan banyak merosakkan institusi yang mulia ini daripada membina. Antara budaya yang diterapkan ialah cinta mengatasi segala-galanya dan anak muda sanggup membelakangkan orang tua gara-gara kekasihnya. … Continue Reading

Search This Site:

Content Tags:

Muzakarah


ShoutMix chat widget

Counter Hits

Featured Content:

Mecca is the Centre of the Earth!

December 3, 2009

Science Facts! Do you know?
Like a magnet, Mecca had been focused by Muslims all over the world since more than 2000 years ago. Despite of that, this holy city indeed is the centre of the earth surface based on the research made by geologist. They concluded that about 4.5 billions years ago when the earth [...]

Ramalan Kitab Hindu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

November 23, 2009

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian.

Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji.
Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw [...]

Sistem Dua Parti Kurang Relevan – Ketua Pemuda PUM

November 23, 2009

21 November 2009 – Ketua Pemuda (KP) PUM telah dijemput untuk menghadiri Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Pearl international Hotel, Jalan Klang Lama. Seminar yang diadakan membincangkan tentang sejauh mana relevansi Sistem Dua Parti jika dipraktikkan di negara ini.
Menurut KP, beliau melihat sistem dua parti kurang relevan untuk dilaksanakan di negara ini meskipun keadaan [...]

SURAT KETUA PEMUDA PUM

November 19, 2009

Ketua Pemuda PAS yang boleh saya anggap sebagai ulama muda atau sekurang-kurangnya pelapis ulama harus mengambil berat soal pertumbuhan ilmu kalangan penggerak muda parti Islam terbesar di negara ini. Beliau mempunyai kemampuan dan beliau sendiri menyedari bahawa perkembangan ilmu kalangan Pemuda PAS sedikit terhakis lantaran pergolakan politik yang meruncing.
Dalam soal agama, saya lebih mengharapkan Pemuda [...]

BENGKEL PEMIKIRAN KRITIKAL – IPT JOHOR

November 18, 2009

17 Nov 2009- Ketua Pemuda (KP) PUM, Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor telah dijemput untuk mengendalikan bengkel pemikiran kritikal untuk program kepimpinan mahasiswa sebuah kampus di Johor semalam.
Dalam pengisian tersebut, KP berharap agar mahasiswa tidak hanya bertindak untuk melaksanakan program luaran semata-mata bahkan mesti bertindak sebagai satu kumpulan pendesak yang bergerak secara profesional.
Beliau menegaskan, [...]

HADIS: TIGA PEROSAK DAN TIGA PENYELAMAT

November 17, 2009

Nabi saw menjelaskan dalam dua hadis yang berbeza berkenaan dengan tiga perkara yang boleh merosakkan amal seseorang dan tiga perkara lain pula yang boleh menyelamatkan. Baginda saw bersabda, “Tiga perkara yang merosakkan: Bakhil (syuhhun) yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti, dan perasaan hairan (ujub) seseorang terhadap dirinya sendiri.” Dalam hadis yang lain, baginda saw bersabda, [...]

MANDI SUNAT JUMAAT

November 17, 2009

PERSOALAN FIQH – MANDI SUNAT JUMAAT
1- Apakah hukum mandi pada hari Jumaat?
Beberapa hadis menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat merupakan satu perkara yang diwajibkan seperti hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma yang berbunyi, “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi.”
Hadis ini telah dikeluarkan sendiri oleh al-Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Kelebihan mandi [...]

BRAINSTORMING HALATUJU PEMUDA PUM

November 17, 2009

14 Nov 2009- Pemuda PUM telah mengadakan satu sesi brainstorming berkenaan hala tuju dan masa depan gerakan mereka. Antara pemikir yang dijemput hadir dalam sesi tersebut ialah:

1) Akhi Khairul Naim (Pelajar PhD Bahagian Akidah dan Pemikiran Islam UM)
2) Akhi Nasaie (Yayasan Amal Malaysia)
3) Akhi Fauzan (Usahawan Tani)
4) Akhi Hadi (Wakil Tarbiah GAMIS)
5) Ukhti Asyanti (Pengetua [...]

SATANISME & MISTIKISME

November 14, 2009

SATANISME & MISTIKISME

Saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penyiaran televisyen yang telah mengambil inisiatif untuk memasukkan unsur Islam dalam beberapa segmen. Antara Unsur Islam yang telah dimasukkan secara halus dan tidak langsung ialah memuatkan ayat al-Quran setelah berakhirnya satu-satu cerita.
Namun saya tetap merasakan satu bentuk wacana ilmu dan canai minda ke arah membentuk satu [...]

INSTITUSI KELUARGA

November 14, 2009

Kes seorang datuk berumur 80 tahun yang telah membunuh isterinya yang berumur 73 tahun di Kampung Kuala Sungai, Kubang Rotan amat menggemparkan. Satu persoalan besar yang timbul ialah, mengapa datuk itu tergamak untuk melakukan perkara sedemikian kepada isterinya sedangkan umur mereka sudah berada di waktu senja.
Peristiwa hitam ini merupakan rentetan sahaja daripada beberapa peristiwa lain [...]

Recent Comments:

  • fahmi: Assalamualaikum.. Nice post...

Popular Content: